سُوۡرَةُ العَلق

Al-Alaq- سُوۡرَةُ العَل
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١)
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk), (1)

Ahad, 11 Julai 2010

Tugasan 1 dan 2 : Kajian Kepustakaan

1. Ualasan Buku Berkaitan Kemahiran Berfikir

Pengajaran Kemahiran Berfikir :Teori dan Amalan
John Arul Philips (1997)

Bab 1 - Pentingnya Kemahiran BerFikir

Bab ini membincangkan tentang pentingnya mengajar kemahiran berfikir memandangkan perkembangan ynag pesat dalam zaman maklumat, perubahan ciri-ciri tempat kerja dan penglibatan rakyat dalam sistem demokrasi.

Bab 2 - Biologi dan Psikologi Pemikiran
Bab ini menerangkan dengan mendalam biologi dan psikologi pemikiran. Antrara isu yang diberi perhatian di dalam buku ini ialah sama ada otak manusia dikhususkan untuk aktiviti pemikiran tertentu serta bagaimana maklumat disalurkan dalam otak. Buku ini juga membincangkan psikologi pemikiran dengan tumpuan kepada pelbagai tafsiran pemikiran.

Bab 3 - Memperkenalkan satu Model yang dipanggil program P.D.I (Perkembangan Daya Intelek)
Bab ini juga menerangkan model yang menunjukkan bagaimana kemahiran berfikir dapat diserapkan ke dalam mata pelajaran sekolah.

Bab 4 - Proses Pemikiran dan Kemahiran Berfikir.
Bahagian ini membincangkan perbezaan di antara proses pemikiran dan kemahiran berfikir. Juga dibancangkan ciri-ciri pemikiran kritis dan kreatif serta kemahiran-kemahiran berfikir mikro yang terbabbit.

Bab 5 - Strategi Mengajar Kemahiran Berfikir
Strategi yang boleh digunakan dan diamalkan oleh guru dalam memperkembangkan kemahiran berfikir pelajar. Yang diutamakan ialah pengajaran secara langsung kemahiran berfikir dengan menggunakan Teknik KADAR.

Bab 6 - Guru dan Daya Perkembangan Peminkiran Pelajar.
Meneliti peranan guru dalam perkembangan kemahiran berfikir pelajar dan bagaimana segala tindak-tanduk guru di dalam dan diluar kelas mempengaruhi cara pelajar berfikir.

Bab 7 - Penilaian Kemahiran Brfikir
Penilaian kemahiran berfikir bertujuan bagaimana menilai dan menentukan sama ada usaha guru ke arah ini telah berjaya mencapai dan menerapkan kemahiran ini.

Bab 8 - Ke Arah Budaya Berfikir.
Menyentuh tentang bagaimana sesebuah organisasi atau sekolah dapat melahirkan 'organisasi yang berfikir' dengan tumpuan kepada pentadbiran sekolah atau sesuatu organisasi.

Kesimpulan
Dalam kegairahan kita melaksanakan latihan atau kursus yang berkaitan komputer, kita juga perlu memikirkan bagaimana modul atau latihan yang akan dijalankan dapat melahirkan peserta yang berkemahiran untuk menggunakan kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir perlu bermula sejak dari mula bersekolah lagi kerana ia dapat membantu pelajar tentang cara berfikir. Sebagai guru atau jurulatih kita perlu menambahkan kemahiran berfikir melalui kursus-kursus, pembacaan buku-buku panduan tentang pengajaran pemikiran kerana ia dapat membantu kita dalam membentuk peserta atau pelajar untuk berfikir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan